CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Saturday, July 28, 2012

Assalamualaikum..hello..hai...moshi moshi...annyeonghaseyo

Assalamualaikum Dah lama sangat aku tak menulis dalam blogspot ni. Last entry masa new year dlu...7 bulan jgk la! Pada yg follow blog ni, maaf ku pinta...pada yg saja2 baca, terima kasih sbb sudi jenguk lagi blog ni. So, 7 bulan dah berlalu..takdak benda baru sangat dalam hidup aku. Everything pretty much the same, i would say. Oh, maybe major change is that i've sold my love...my old subaru impreza. Mungkin betui kot apa yg orang cakap, kalau kita sayangkan sesuatu kadang2 kita kena lepaskannya. Tu la yg aku buat utk kereta tu sebab nak ada pemilik baru yg boleh jaga dia lebih baik dari aku. Ayat cover ja tu...haha! Actually aku terpaksa juai kereta tu sebab aku rasa aku tak mampu nak maintain. Kereta tu best! Bunyi boxer engine tu sampai bila2 akan aku rindui. Tanya la mana2 car enthusiast, kalau sebut model kereta aku tu, mesti ramai yg bagi review yang bagus2. Tapi kereta tu lama sangat, susah nak cari spareparts. So sekarang aku bawak proton...well, at least for the time being. Kerja? Aku masih lagi kerja di department yang sama sejak November 2009 cuma tahun ni big boss dah setuju benarkan aku keluaq dari department tu. Harapnya dapat jadi kenyataan..amin. Cuma aku kena usaha sikit untuk dapatkan tempat baru yg sesuai. Tolong la doakan aku dapat pindah ya? Terima kasih. Sekarang ni pun dah masuk bulan ramadhan..dah nak masuk hari kesembilan dah pun. Sat sangat waktu berlalu...pejam celik pejam celik nanti jumpa syawal lak. Pinjam lirik lagu manbai sat "ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna...". Seperti ramadhan2 lepas, azam aku ramadhan ni ialah untuk khatam 30 juzuk...selama ni tak pernah berjaya pun..moga2 tahun ni dipermudahkan...amin. semoga kita yang berpuasa tak termasuk dalam golongan yang hanya mendapat lapar dan dahaga saja..amin. Cukup la setakat ni ja aku membebel kali ni. Semoga bertemu di entry lain (harapnya bukan lagi 7 bulan la kan?) haha! Till next time..PEACE!

0 comments: